Pada 16 Mei 2024 (Khamis), bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama Bangunan Wisma Persekutuan, Jalan Kampung Baru telah berlangsung Program Integriti Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah. Program ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari PPN Kedah, Pejabat Parol Daerah, Pusat Reintegrasi Penghuni dan Pusat Koreksional Komuniti di Negeri Kedah. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Sheikh Mohd Ashraf Bin Hj Mohsin, selaku Ketua Penolong Mufti Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Kedah dengan tajuk "Integriti di Tempat Kerja dari Perspektif Islam". Di akhir Program telah diadakan penyampaian cenderahati oleh PP Abd Ghani B. Md Isa kepada Penceramah. Secara keseluruhannya program ini telah memberi impak yang positif kepada semua yang hadir.