Pada 06 Jun 2024 (Khamis) bertempat di Dewan Wawasan Penjara Seremban telah diadakan Dialog Bulanan bersama kakitangan Penjara Seremban. Majlis turut dihadiri pegawai-pegawai kanan, anggota lain-lain pangkat serta kakitangan awam. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan sesi dialog bersama Pengarah Penjara Seremban PKP Sharil Bin Basir. Turut diadakan acara penyampaian anugerah prestasi cemerlang bulanan bagi bulan Februari 2024 Mac 2024, penyampaian anugerah personaliti cemerlang bulanan bagi bulan Februari 2024 dan Mac 2024 dan sijil penghargaan di atas kerjasama dalam pembenterasan artikel larangan di Penjara Seremban. Majlis berakhir dengan acara cabutan bertuah dan sesi bergambar bersama-sama semua anggota kakitangan yang hadir.










