| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sesi Naziran Dan Penilaian Oleh Lembaga Parol III Di Negeri Kedah

Pada 27 hingga 29 Mei 2024, Lembaga Parol III telah mengadakan Sesi Naziran Dan Penilaian kepada majikan CSI dan Rumah Perantaraan di Negeri Kedah. Pengerusi Lembaga Parol III, YA Tuan Hamidun bin Abdul Fatah telah hadir bersama 5 anggota Ahli Lembaga Parol dan 2 orang Urusetia Lembaga Parol. Pihak Lembaga Parol 3 telah mengadakan Sesi Naziran di Syarikat Lypometal bawah seliaan PPD Sg Petani, Ladang Bukit Perak Selatan bawah seliaan PPD Pendang, Rumah Perantaraan dan Syarikat NBI Enterprise bawah seliaan PPD Kota Setar. Lembaga Parol 3 juga turut mengadakan sesi dialog di Penjara Pokok Sena bersama Ketua - Ketua Institusi Penjara Negeri Kedah, Ketua- Ketua Pejabat Parol Daerah, Pegawai Parol Institusi, Pegawai Perubatan dan Pegawai Psikologi. Ahli Lembaga Parol telah disambut dan diiringi oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Kedah, PP Muhammad Azrul bin Azizi, Ketua Bahagian Parol Negeri Kedah, KIP Nurul Hadi bin Abu Bakar, PPD Sg Petani, KIP Mohd Azizul bin Yop Ahmad, PPD Pendang dan KIP Md Fadzil bin Razali, PPD Kota Setar. Lembaga Parol turut bermurah hati dengan menyampaikan barangan keperluan asas kepada Orang Diparol. Secara keseluruhan, Lembaga Parol 3 berpuas hati dan memberi maklum balas yang baik sepanjang sesi naziran berlangsung.