Program Penghayatan Nilai-Nilai Murni Peringkat Prospek (Banduan Akhir) Penjara Kajang 2024 telah diadakan pada hari Rabu, 05 Jun 2024 bermula jam 9.00 pagi di Surau at-Taqwa, Penjara Kajang. Program dimulakan dengan persembahan qasidah dan diteruskan dengan ceramah agama sempena bulan Zulhijjah yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Dr Ahmad Zaky Bin Ali @ Tahir, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Program turut diserikan lagi dengan kehadiran TKP Preshahdin Bin Monshee, Pengarah Penjara Kajang, PP Mohd Fairoz Bin S Daly, Ketua Seksyen Keselamatan dan Inteligen Penjara Kajang, PP Fadzli Bin Mohamad Majidi, Ketua Seksyen Rawatan dan Pemulihan Dadah(RPD) Penjara Kajang dan KIP Mohd Shahril Bin Yahaya, Ketua Unit PPI Penjara Kajang. Program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan jamuan. Seramai 60 orang prospek bersama dalam program ini.