27 Mei 2024,Isnin. Penjara Lahad Datu telah melangsungkan Majlis Perhimpunan dan Dialog Bulanan bertempat di Dewan Sri Segama. Majlis telah disempurnakan oleh PKK Nazarman bin Haidzir Pengarah Penjara Lahad Datu diiring oleh PP Wong Seng Siang Tim Peng Penjara Lahad Datu dan TPP Mohd Khairul. Majlis di mulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Bakti Setia disusuli dengan lafaz ikrar yang dipimpin oleh PPP Ridzuan dan Bacaan doa oleh Kpl Asrel. Majlis diteruskan dengan ucapan pengarah dan dialog bersama kakitangan dan diakhiri dengan sesi bersama kakitangan yang hadir.