Pada 03 Mei 2023 (Jumaat) bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam Johor telah diadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Institusi Penjara Simpang Renggam Johor. Aturcara dimulakan dengan program gotong – royong kakitangan bagi persiapan jamuan makan. Majlis dihadiri oleh Ketua – ketua institusi Penjara Negeri Johor, Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA Bat.5) dan Ketua Balai Polis Simpang Renggam. Majlis di meriahkan lagi dengan pertandingan gerai tercantik mengikut desa dan persembahan live band dari kakitangan bertemakan lagu raya. TKP Rahmat Bin Abdul Rani Pengarah Penjara Simpang Renggam bersama Isteri turut hadir bagi memeriahkan majlis dan menyampaikan duit raya kepada semua anak – anak kakitangan. Turut Hadir Mohamad Saizi Bin Ibrahim Timbalan Pengarah bersama Isteri dan Pegawai – Pegawai Kanan. Majlis berakhir jam 10.30 malam.