Pada 16 Mei 2024(Khamis) Mesyuarat Penyelarasan Perasmian Penjara Lahad Datu telah diadakan di Bilik Persidangan Penjara Lahad Datu yang dipengerusikan oleh KP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan & menjalankan tugas Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan IPPM.
Hadir sama dalam mesyuarat tersebut adalah TKP Rosidek bin Musa, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme, TKP Rosoman Abu Bakar@Che Din, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan, TKP Hajah Nora binti Musa, Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan, PKK Nazarman bin Haidzir, Pengarah Penjara Lahad Datu, En.Fadli- Timbalan Pengarah Bahagian Kewangan IPPM, Puan Kintan- Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran IPPM, Pegawai2 Kanan Penjara Lahad Datu.
Selepas mesyuarat, KP Haji Ajidin bin Haji Salleh di iringi oleh TKP Hajah Nora binti Musa dan PKK Nazarman bin Haidzir melawat lokasi Dewan Sri Perdana Lahad Datu, Hotel De Leon Lahad Datu( Penginapan VVIP/VIP ) serta sekitar kompleks Penjara Lahad Datu.