Pada 16 Mei 2024, PKK Zan Azim Bin Aziz, Timbalan Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti IPPM telah hadir ke Pusat Koreksional Muar, Johor. Lawatan telah disambut oleh PKK Walace Anak Nawon, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor bersama TPP Noorshafrizal bin Mohd Razali, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Muar. Sesi lawatan dimulakan dengan melawat kawasan Pusat Koreksional Muar dengan meninjau blok penempatan yang akan menempatkan prospek bagi Program Reintegrasi Penghuni dan Program Penempatan, Pekerjaan, Pendapatan (3P). Lawatan seterusnya ke Rumah Transisi Industri (RTI) Muar. Kemudian lawatan diteruskan dengan melawat Kilang VTECH yang terletak kira-kira 6 km dari Pusat Koreksional Muar. Delegasi lawatan telah disambut oleh Puan Rosita binti Harun, Pengarah Sumber Manusia. Tujuan lawatan adalah untuk meninjau lokasi yang akan dijadikan sebagai Pusat Reintegrasi Penghuni Penjara (PRPP) serta mengumpul maklumat untuk dimasukkan di dalam kertas kerja bagi mewujudkan PRPP Muar.