Tarikh : 20 Mei 2024 (Isnin), Masa : 10.30hrs -1220hrs, Tempat : Seri Mutiara (Kediaman Rasmi TYT). Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Abdul Razak Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, telah berbesar hati untuk menerima kunjungan hormat daripada Komisioner Jeneral Penjara YBhg. Datuk Haji Nordin bin Haji Muhamad. Tujuan utama kunjungan hormat ini dilakukan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara Pejabat Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Penjara Malaysia. Selain itu, antara intipati kunjungan hormat ini adalah berkaitan perkembangan semasa, perancangan hala tuju dan inisiatif Jabatan Penjara Malaysia sebagai “Peneraju Perkhidmatan Korektif”.Turut hadir pada kunjungan hormat ini adalah Komisioner Penjara Haji Ajidin Bin Salleh, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, PKK Fayrouz bin Hj. Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai.