Muzium Penjara Malaysia telah menyertai Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA 2024) anjuran Jabatan Muzium Malaysia (JMM) yang sedang berlangsung pada 16 hingga 22 Mei 2024 di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang. Acara gilang gemilang ini telah dikelolakan oleh Lembaga Muzium Pulau Pinang dengan disertai oleh 38 pengamal muzium termasuk institusi, muzium domestik & antarabangsa yang bertujuan memberi informasi berkaitan agensi & jabatan masing-masing.
Pasukan Muzium Penjara Malaysia yang diketuai oleh PP Aswari Bin Che Ibrahim (Pengarah Muzium Penjara Malaysia) bersama 10 orang pegawai mewakili Jabatan Penjara Malaysia turut serta dalam Kontinjen Zon Keselamatan yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia.
Menepati Tema HMA 2024 "Muzium Untuk Pendidikan & Penyelidikan", booth Muzium Penjara Malaysia membawa tajuk The Untold Story of 1786 Prison" yang mengisahkan Sejarah Penjara Pertama di Malaysia. Pelbagai input menarik dan interaktif disajikan kepada setiap pengunjung yang hadir. Pengurusan Muzium Penjara Malaysia menjemput pelawat yang berdekatan untuk hadir bersama keluarga bagi merasai pengalaman yang ekslusif hanya di Hari Muzium Antarabangsa 2024.