Pada 9 Mei 2024 (Khamis), bertempat di Surau An-Nur, Penjara Reman Pulau Pinang telah diadakan Lawatan Mufti Negeri Pulau Pinang Ke Penjara Reman Pulau Pinang. Turut hadir YDH. PKK Fayrouz Bin Hj. Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang diiringi oleh PKP Ahmad Kamarrudin Bin Yaacob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang serta (05) pegawai daripada Pejabat Mufti Negeri Pulau Pinang. Atur cara majlis dimulai sambutan ketibaan dengan alunan gema selawat, persembahan Marhaban dan persembahan Nasyid oleh Kumpulan An-Nur. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh YDH.Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan Bicara Mufti oleh YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Noor, Mufti Negeri Pulau Pinang serta sesi soal jawab bersama prospek. Turut diadakan, penyampaian istimewa potret lakaran Mufti Negeri Pulau Pinang dari prospek dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata kenangan.