Pada 12 Mei 2024, YBhg. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional) telah mengadakan lawatan kerja ke Galeri Mypride Johor Bahru dan Pejabat Parol Daerah Johor Bahru di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Setia Tropika, Johor. Lawatan turut disertai oleh TKP Meor Azizi Sapawi bin Ahmad Sepuan, Pengarah Penjara Negeri Johor, PKK Walace anak Nawon, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor, PKP Helmi bin Abdul Zamani, Pengarah Pusat Koreksional Johor Bahru, PP Rahmat bin Abdullah, Ketua Bahagian Parol Negeri Johor dan pegawai-pegawai kanan institusi Penjara Negeri Johor.










