Pada 12 Mei 2024, YBhg. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional) telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Setia Tropika, Johor. Lawatan turut disertai oleh TKP Meor Azizi Sapawi bin Ahmad Sepuan, Pengarah Penjara Negeri Johor, PKK Walace anak Nawon, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor, PKP Helmi bin Abdul Zamani, Pengarah Pusat Koreksional Johor Bahru, PP Rahmat bin Abdullah, Ketua Bahagian Parol Negeri Johor dan pegawai-pegawai kanan institusi Penjara Negeri Johor. Delegasi lawatan telah disambut oleh Tuan Mahadir bin Lokeman, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Johor (Pengurusan) bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Dalam lawatan tersebut, YBhg. Dato' telah diberikan taklimat mengenai operasi Kompleks KDN Setia Tropika dan Taklimat balas mengenai operasi Pejabat Pengarah Penjara Negeri Johor telah disampaikan oleh Pengarah Penjara Negeri Johor.