Pada 3 Mei 2024 (Jumaat), telah diadakan Program Intervensi (Heads Up) Siri 1/2024 Orang Di Parol (ODP) & Orang Bebas Berlesen (OBB) bertempat di PPD Daerah Melaka Tengah. Program telah dirasmikan oleh YBhg. TKP Datuk Roslan bin Haji Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut hadir YDH PKK Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka. Slot (Heads Up) dikendalikan oleh Puan Farzena Balan dari Saora Industries Sdn Bhd melibatkan 100 ODP dan OBB, manakala Team Van Mobile MEKAR, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Melaka turut hadir bagi perkhidmatan gantian hilang kad pengenalan ODP dan OBB. Jamuan Hari Raya Aidilfitri turut diadakan bagi meraikan dan mengeratkan silaturrahim antara kakitangan, majikan dan ODP serta OBB.