Pada 8 Mei 2024 (Rabu), bertempat di perkarangan Wisma Persekutuan MITC, Melaka, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan Persekutuan, Bangunan Wisma Persekutuan MITC, Melaka bersama ODP / OBB di Negeri Melaka. Majlis yang dianjurkan melibatkan seluruh warga kerja Jabatan Persekutuan, Bangunan Wisma Persekutuan MITC, Melaka.
Majlis ini bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara warga kerja Jabatan Persekutuan, Bangunan Wisma Persekutuan MITC, Melaka dengan kerjasama ODP dan OBB di negeri Melaka. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. TKP Datuk Roslan bin Haji Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Bangunan Wisma Persekutuan MITC, Melaka.
Majlis juga turut diserikan dengan persembahan nyanyian lagu raya daripada Kumpulan Musik Tradisional Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka dan warga kerja Jabatan Persekutuan, Bangunan Wisma Persekutuan MITC, Melaka serta penyampaian Sumbangan Duit Raya kepada anak-anak Taska Perpaduan Wisma Persekutuan. Majlis dihadiri oleh lebih kurang 800 orang kakitangan.