| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pelaksanaan Program 'Hunt' Sesi 17 Siri 2/2024 'Penamatan Dan Sokong Bantuan Keluarga

KHAMIS, 9 MEI 2024 – Unit Pemulihan Penjara Bentong berjaya melaksanakan Program Hunt Sesi 17 "Penamatan Dan Sokong Bantuan Keluarga" anjuran Unit Pemulihan bersama Unit Pengurusan Psikologi bertempat di Pejabat Unit Pemulihan Penjara Bentong, Pahang.

Seramai 20 ahli keluarga telah hadir untuk menjayakan Program HUNT Sesi 17 ini dan seramai 10 orang prospek yang terlibat. Hadir bersama menjayakan program KIP Muhamad Bin Hamzah, En. Nordin Bin Yusoff, Insp Mohd Azhar Bin Mohd Zain dan anggota Unit Pemulihan.

Sesi dimulakan dengan sambutan ahli keluarga yang hadir oleh Ketua Unit Pemulihan dan Pegawai Psikologi serta anggota Unit Pemulihan. Aturcara diteruskan bersama pegawai psikologi iaitu imbasan Program Hunt sesi 1 hingga sesi 16, dan berkongsi pengalaman serta kefahaman dalam mengikuti sesi yang dijalankan oleh prospek. Pendedahan sesi ini adalah supaya wakil keluarga yang hadir mengetahui program pemulihan yang dilaksanakan.
Perkongsian nasihat daripada wakil setiap keluarga telah memberi kesan kesedaran kepada setiap prospek yang terlibat hari ini. Prospek sedar akan peluang yang diberikan oleh keluarga untuk kembali pulih dan menjalankan tanggungjawab yang telah ditinggalkan.

Program yang diadakan bersama keluarga bertujuan menyokong prospek untuk mengekalkan daya tahan diri untuk mengikuti program pemulihan komuniti iaitu program PBSL dan Parol. Sepanjang program dijalankan, dilihat setiap keluarga dapat memberikan komitmen dan perkongsian yang baik kepada prospek.