Pada 5 Mei 2024 (Ahad), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Johor telah menganjurkan Program Intervensi Jalinan Kasih Orang Diparol (ODP), Orang Diselia (ODS) Dan Orang Bebas Berlesen (OBB) Bersama Komuniti Peringkat Penjara Negeri Johor yang diadakan di Pusat Reintegrasi Penghuni Kluang. Program dimulakan dengan marhaban oleh ODS PRP Kluang, ucapan aluan TKP Meor Azizi Sapawi Bin Ahmad Sepuan, Pengarah Penjara Negeri Johor dan sesi ramah mesra bersama keluarga ODS, OBB, ODP, kakitangan Penjara Negeri Johor serta semua para jemputan yang hadir. Program turut diserikan dengan kehadiran Ketua Jabatan dan pegawai dari Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dalam Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Syarikat-syarikat yang bekerjasama dalam Program CSI. Objektif program ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan kerjasama dengan semua pihak dalam memperkasakan program pemulihan Jabatan Penjara Malaysia.