| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2024

24042024 | RABU : Seramai 42 prospek dan 175 ahli keluarga telah diraikan dalam Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri di Dataran Perhimpunan Pagi Penjara Kajang. Majlis telah disempurnakan oleh TKP Preshadin Bin Monshee, Pengarah Penjara Kajang diiringi Ketua Bahagian Pengurusan Banduan dan Pemasyarakatan, PKP Muhammad Khalid Bin Muhamad. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran PKK Anbalagan A/L Subramaniam Timbalan Pengarah Penjara Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur.

Dalam ucapan perasmian, Ydh Pengarah menegaskan bahawa suasana dan nikmat sambutan Aidilfitri harus dinikmati oleh semua muslim termasuk prospek, meskipun terkurung di penjara dengan persekitaran yang berbeza. Jabatan Penjara sentiasa berusaha menyediakan pelbagai program Pemulihan untuk memastikan prospek kembali kepada masyarakat dengan baik dan ianya menjadi peluang kedua kepada mereka. Beliau juga menyifatkan usaha seumpama ini akan menyemarakkan lagi transformasi Jabatan Penjara Malaysia sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan (CHCDC).