| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sembahyang Khas Sempena Perayaan Tahun Baru Hindu Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2024

Pada 20 April 2024 (Sabtu), Unit Program Pembangunan Insan (Lain-lain Agama) Penjara Kajang telah mengadakan sembahyang khas sempena perayaan Tahun Baru Hindu Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2024 bersama Persatuan Malaysia Hindu Sangam yang melibatkan penyertaan seramai  300  banduan biasa. Program tersebut telah berlangsung di Dewan AB, Penjara Kajang. Antara pengisian program pada kali ini ialah persembahan nyanyian lagu-lagu suci bersama banduan dan ceramah dari wakil Malaysia Hindu Sangam, En Alagandran A/L Sevasamy. Program ini diserikan dengan kehadiran oleh PKK  Anbalagan A/L Subramaniam, Timbalan Pengarah Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan, PPP Rajinden  A/L Vediappan  dan IP Tharumanraj  A/L Nadaraja, Ketua Unit Lain-Lain Agama. Program ini berobjektifkan bahawa memberi semangat dan harapan kepada banduan  agar menjadi manusia yang berguna apabila dibebaskan kelak serta usaha seumpama ini akan menyemarakkan lagi transformasi Jabatan Penjara Malaysia sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan (CHCDC).