Pada 27 Mac 2024 (Rabu) bersamaan 16 Ramadhan 1445 H, Unit Pemulihan dan Agama telah menganjurkan Majlis Khatam Al-quran dan berbuka puasa Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena 1445 H / 2024 yang diadakan di Surau Al-Munir melibatkan seramai 200 orang penghuni beragama Islam. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran TKP Nor Haizan Bin Md Isa Pengarah Penjara Pokok Sena, kakitangan Penjara dan Yayasan Dakwah Islam (YADIM) Negeri Kedah . Aturcara majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran,Doa selamat serta penyampaian saguhati Tadarus Al-Quran.