| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ihya 'Jom Rewang Kacau Bubur' Bersempena Bulan Pelancongan Islam & Program Ihya' Ramadan 1445H Peringkat Negeri Melaka 2024, "Dari Hati Membawa Ke Syurga" Kerjasama Di Antara Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka Dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Di Dataran Pahlawan, Melaka Melibatkan Orang Di Parol (ODP) Dan Orang Bebas Berlesen (OBB)

Pada 26 Mac 2024 bersamaan 15 Ramadhan 1445H, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan PPD Melaka Tengah telah terlibat dalam program memasak bubur lambuk sempena bulan Ramadan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Penerangan, Jabatan Ketua Menteri serta agensi kerajaan yang lain. Program ini juga melibatkan Orang Diparol (ODP) dan Orang Bebas Berlesen (OBB) yang bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta memupuk semangat bekerjasama di dalam komuniti. Bubur lambuk ini telah diagihkan kepada pengunjung di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka. Program ini juga mendapat tajaan dari SAORA Industries. Program ini dirasmikan oleh YB Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama ADUN Kuala Linggi.