Pada 26 Mac 2024 (Selasa), telah diadakan Majlis Iftar Ramadan Banduan dan Tahanan bersama Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA bertempat di Perkarangan Padang Dalam. Majlis ini merupakan program anjuran Unit Program Pembangunan Insan (PPI) institusi pada setiap tahun bagi menghayati pengertian dan ibrah bulan Ramadan disamping merapatkan ukhwah dan silaturrahim dalam kalangan banduan dan tahanan. Seramai 150 orang banduan dan tahanan muslim telah terlibat pada kali ini. Antara pengisian majlis adalah ceramah agama disampaikan oleh Ustaz Saiful Bahri bin Soro, sesi penyerahan bubur lambuk oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA, PKP Zakaria bin Mat Jusoh kepada banduan dan tahanan serta bacaan ayat suci Al-Quran oleh wakil banduan. Majlis bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir pada jam 7.30 petang.