| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Jamaie Penghuni Bersama Kakitangan Penjara Sungai Buloh 1445H

Majlis Iftar Jamaie Penghuni Bersama Kakitangan Penjara Sungai Buloh 1445H telah diadakan pada hari Isnin, 25 Mac 2024 di padang penghuni Penjara Sungai Buloh. Program bermula jam 6.00 petang dan berakhir pada jam 8.30 malam. Kehadiran oleh Pengarah Penjara Sungai Buloh TKP Nik Robidin bin Ab Rahman dan PP Adriansyah bin Malmood bersama anggota dan kakitangan Penjara Sungai Buloh. Seramai 200 orang banduan dan 50 orang anggota yang terlibat di dalam majlis tersebut. Antara pengisian program ialah tazkirah Ramadhan yang di sampaikan oleh Ustaz Mohd Aizuddin bin Kamarulzaman – pendakwah / penceramah tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Kemudian di susuli dengan majlis iftar ‘secara santai’ yang merupakan julung kali diadakan di Penjara Sungai Buloh. Setelah selesai bebruka puasa semua penghuni dan kakitangan mendirikan solat fardu Maghrib secara berjemaah di padang penghuni.. Majlis diakhiri dengan ramah mesra dan bersalaman.