Pulau Pinang | 20 Mac, 2024, Penjara Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan “Program Outreach Bersama Komuniti Seberang Perai Selatan” dan “ Program Bubur Lambuk Perdana 2024” bertempat di Dewan Mutiara, Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Ia telah dirasmikan oleh YBhg. KJP Datuk Haji Nordin bin Haji Muhamad Komisioner Jeneral Penjara. Program ini adalah dengan kerjasama oleh Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) atau lebih dikenali dengan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) yang sedang melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS)
Turut hadir memeriahkan majlis adalah Encik Abd Razak bin Abd Rahman, Ketua Divisyen Korporat Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), YDH PKK Fayrouz Bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai,Ketua-ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah Penjara Negeri Zon Utara dan syarikat korporat yang terlibat secara langsung dengan Program Corporate Smart Internship (CSI) Jabatan Penjara Malaysia di Pulau Pinang. Program ini juga telah disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PERKESO, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Kesihatan, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Jualan Rahmah yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Antara aktiviti utama program pada sebelah pagi adalah gotong-royong menyediakan bubur lambuk yang disertai oleh seramai 150 orang peserta. Ia terdiri daripada kakitangan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), warga Penjara Negeri Pulau Pinang dan komuniti Seberang Perai Selatan. Hasilnya, sejumlah 2,000 bungkusan bubur lambuk telah diagihkan kepada semua peserta dan komuniti Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kemuncak program pada sebelah petang adalah sesi forum bertajuk “Peranan Komuniti Dalam Membantu Pembangunan dan Pemulihan Insani” yang telah diketuai oleh Timbalan Komisioner Penjara, Zulia binti Khamis sebagai Moderator dan 3 orang ahli panel iaitu Profesor Dr. Noor Azniza binti Ishak dari Universiti Utara Malaysia, Doktor Al Zilal bin Abdul Wahid dari Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Al-Fadhil Ustaz Hj. Irwan Aswandy bin Asahaari dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.