| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Memasak & Pengagihan Bubur Lambuk Oleh Kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka, Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah Bersama Orang Di Parol (ODP) & Orang Bebas Berlesen (OBB) Di Wisma Persekutuan Mitc Ayer Keroh Melaka

Pada 21 Mac 2024 bersamaan 10 Ramadhan 1445H, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan PPD Melaka Tengah telah mengadakan program memasak dan pengagihan bubur lambuk sempena Bulan Ramadan bertempat di Bangunan Wisma Persekutuan MITC Ayer Keroh Melaka. Program ini juga melibatkan Orang Di Parol (ODP) dan Orang Bebas Berlesen (OBB) yang bertujuan memupuk semangat bekerjasama. Sebanyak 1500 bungkusan bubur lambuk telah diagihkan kepada kakitangan Bangunan Wisma Persekutuan MITC seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Perangkaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dan lain-lain lagi. Turut hadir TKP Datuk Roslan bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka yang juga selaku Pengerusi Bangunan Wisma Persekutuan MITC Negeri Melaka, PKK Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka. Program ini mendapat tajaan daripada Syarikat SAORA Industries.