Pada 19 Mac 2024 (Selasa), PPN Melaka dan PPD Melaka Tengah telah berkolaborasi dengan Kolej Komuniti Bukit Beruang untuk menganjurkan Kursus Pembuatan Kek dan Pastri bersama (30) ODP dan OBB bertempat di Bengkel UPSH Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka. Tujuan program ini memberikan kemahiran pembuatan kek dan pastri kepada ODP dan OBB. Kemahiran ini boleh digunakan sebagai nilai tambah dalam pasaran pekerjaan. Turut hadir PKK Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka dan En. Mohd Adzim Arash Bin Baharin Pensyarah Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka.