| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Negeri Sembilan Bagi Bulan Mac 2024

Pada 19 Mac 2024 (Selasa) Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Negeri Sembilan bagi bulan Mac 2024 telah diadakan di Dewan Wawasan Penjara Seremban. Majlis disempurnakan oleh YDH PKK Ahmad Mustaqim Bin Che Bisi, Pengarah Negeri Penjara Negeri Sembilan, turut hadir PKP Sharil Bin Basir Pengarah Penjara Seremban dan TPP Muhammad Audi Bin Nazari mewakili Institusi Pemulihan Dadah Jelebu serta pegawai kanan, anggota dan kakitangan awam Penjara Negeri Sembilan.

Perbarisan diketuai oleh TPP Mohamad Rosmanizam Bin Roslan, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Penjara Seremban dan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Faizal Bin Md Akhir Seramai 30 pegawai kanan 50 anggota lain –lain pangkat dan 30 pegawai awam hadir dalam majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan tazkirah oleh Al- Fadhil Ustaz Hassan Al Banna Bin Akmal Hisham yang bertajuk ‘Indahnya Ramadhan’ bersempena datangnya bulan ramadhan yang penuh makna. Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat oleh YDH PKK Ahmad Mustaqim Bin Che Bisi Pengarah Penjara Negeri Sembilan.