24 Januari 2024 (Rabu) - Dewan Sri Segama, Penjara Lahad Datu telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan dan Dialog Bulanan Bil.1/2024 Peringkat Institusi Penjara Lahad Datu, Sabah. Majlis disempurnakan oleh PKK Nazarman Bin Haidzir Pengarah Penjara Lahad Datu, diiringi PP Wong Seng Siang Timbalan Pengarah Penjara Lahad Datu, barisan pegawai kanan, pegawai lain-lain pangkat dan kakitangan awam. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh KPL Asrel B. Atong dan lafaz ikrar jabatan telah dilaksanakan oleh PPP Mohd Ridzuan B. Deraman.
Seterusnya majlis diserikan dengan aturcara pemakaian pangkat, bacaan Amanat Tahun Baru 2024 dari YBhg. KJP Datuk Haji Nordin Bin Haji Muhamad yang disampaikan oleh PKK Nazarman Bin Haidzir, dan majlis diakhiri dengan sesi dialog bulanan.










