| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Lawatan Rasmi Daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Cawangan Lahad Datu Ke Penjara Lahad Datu

12 Januari 2024 (Jumaat) - Penjara Lahad Datu telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, BBP Lahad Datu diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Tn Sumsoa Bin Rashid bersama 7 anggota bomba ke Penjara Lahad Datu. Didalam majlis ini telah berlangsung sesi suai mesra dan berkenalan bersama PKK Nazarman Bin Haidzir Pengarah Penjara Lahad Datu dan beberapa barisan pegawai kanan. Sepanjang tempoh lawatan, diadakan juga sesi perbincangan dan pengenalan kepada struktur dan lokasi pili bomba bagi Penjara Lahad Datu. Diharapkan kerjasama yang erat dapat diwujudkan diantara Penjara Lahad Datu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Lahad Datu bagi masa akan datang.