12 MAC 2024 | SELASA, Program Penghayatan Ramadan Sempena Ihya' Ramadan anjuran bersama Unit Agama dan Unit Latihan berlangsung di Surau Pegawai Penjara Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk menghidupkan Ramadan dengan pengisian bermanfaat dengan perkongsian ilmu. Program ini akan dijayakan oleh beberapa Penceramah Jemputan untuk mengisi slot Tarawih Istimewa dan Tazkirah Therapy Ramadan. Siri 1 pada kali dimulai dengan YBhg. Ustaz Mazlan Wan Chik, Timbalan Imam, Masjid Daerah Timur Laut, Pulau Pinang (Masjid Terapung). Majlis dimulai dengan Solat Isyak berjemaah, Solat Sunat Tarawih dan Witir, Tazkirah Therapy Ramadan Siri 1 dan diakhiri dengan jamuan Moreh. Majlis diserikan dengan kehadiran YDH PKP Ahmad Kamarrudin bin Yaacob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, barisan Pegawai Kanan, Anggota dan Kakitangan serta keluarga.