| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Peringkat Penghuni Penjara Kajang Sempena Tahun Baru Cina 2024

06032024 | RABU : Seramai 32 penghuni dan 67 ahli keluarga berbangsa cina telah diraikan dalam Majlis Jalinan Kasih sempena sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Perbarisan Dalam Penjara Kajang. Majlis telah disempurnakan oleh TKP Preshadin Bin Monshee, Pengarah Penjara Kajang diiringi Ketua Bahagian Pengurusan Banduan dan Pemasyarakatan, PP Fadzli bin Mohamad Majidi, Wakil Persatuan Masyarakat Prihatin Kuala Lumpur dan Persatuan Geha Bodhi turut hadir bagi memeriahkan majlis ini.  Dalam ucapan perasmian, Ydh Pengarah menyatakan kepada hadirin bahawa hubungan kekeluargaan merupakan elemen yang penting untuk membantu pemulihan prospek yang akan kembali semula kepada masyarakat. Beliau juga menyifatkan usaha seumpama ini akan menyemarakkan lagi transformasi Jabatan Penjara Malaysia sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan (CHCDC). Majlis dimeriahkan lagi dengan gimik " Gaul Yee Sang" dan tarian singa serta persembahan nyanyian daripada penghuni.