07032024 | KHAMIS : Seksyen Pemulihan, Penjara Kajang telah menganjurkan Program Tautan Kasih Penghuni Penjara Kajang Siri 2/2024 bertempat di Dataran Perhimpunan Dalam, Penjara Kajang. Seramai 39 penghuni yang menjalani hukuman Hayat, Tahanan Limpah Sultan (TLS), Seumur Hidup dan Banduan Akhir (BA) yang lahir pada bulan Mac, April dan Mei telah diraikan dalam program ini. Program ini telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Banduan dan Pemasyarakatan, PP Fadzli bin Mohamad Majidi bagi pihak Pengarah Penjara Kajang diiringi Ketua Seksyen Pemulihan, TPP Muhammad Faris Bin Rusli.Seramai 131 ahli keluarga telah hadir bagi memeriahkan majlis ini. Sokongan dan kehadiran keluarga secara bersemuka atau perhubungan melalui pelbagai kaedah lain yang telah disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia adalah "Modal Kepulihan" kepada penghuni untuk kekal pulih dan mampu menjalani setiap hukuman yang telah ditetapkan. Majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian "Selamat Hari Lahir" kepada penghuni yang diraikan serta persembahan nyanyian daripada penghuni.