| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-234 Peringkat Penjara Negeri Johor Tahun 2024

Majlis Sambutan Hari Penjara ke 234 Peringkat Penjara Negeri Johor dengan tema “Reformasi Koreksional Membangun Peradaban” telah diadakan pada 10hb Mac 2024 di Penjara Simpang Renggam, Johor. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Komisioner Penjara Meor Azizi Sapawi Bin Ahmad Sepuan Pengarah Penjara Negeri Johor. Majlis turut dihadiri Penolong Kanan Komisioner Walace Anak Nawon Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor, Penolong Komisioner Penjara Zaidi Asri Bin Mohd Zainuddin @ Hilmi Timbalan Pengarah Kluang, Penolong Komisioner Penjara Helmi Bin Abd Zamani Pengarah Pusat Koreksional Johor Bahru, Penolong Komisioner Penjara Mohamad Bin Ali Pengarah Pusat Koreksional Muar, Penguasa Penjara Mohamad Nazeff Bin Mohamed Mazelan, Timbalan- Timbalan Penguasa, Pegawai - Pegawai Kanan, Anggota Lain - Lain Pangkat dan Kakitangan Awam.

Majlis Dimulakan dengan Nyanyian Lagu Bangsa Johor, Negaraku, Bakti Setia, Bacaan Ikrar dan Perutusan Komisioner Jeneral Penjara sempena sambutan Hari Penjara Kebangsaan. Aturcara diteruskan dengan pemakaian pangkat, penyampaian pingat dan Penyerahan Sijil ISO Anti Bribery Management System (ABMS) kepada Institusi Penjara Negeri Johor. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama penerima - penerima Pangkat dan Pingat serta semua Anggota Kakitangan Penjara Negeri Johor.