| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Keluarga Madani Siri 1 Tahun 2024 Penjara Simpang Renggam, Johor

Pada 5 Mac 2024 bersamaan hari Selasa bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam telah berlangsung Program Jalinan Kasih Keluarga Madani Siri 1 / 2024. Program ini melibatkan Prospek Hukuman lama, Tahanan LLPK dan Prospek Reman Wanita. Majlis perasmian pada program ini disempurnakan oleh Ydh, TKP Rahmat bin Abdul Rani, Pegawai Yang Menjaga Penjara Simpang Renggam Johor diiringi bersama, PP Mohamad Nazeff Bin Mohamed Mazelan dan TPP Muhd Ameer Shauqie Bin Ahmad Fuad selaku Ketua Seksyen Pemulihan & Rawatan Institusi. Program ini turut dihadiri Lembaga Hakim Pelawat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Cina Fo Guang dan Persatuan India.

Program ini diserikan lagi dengan pelbagai persembahan oleh Prospek, sesi ramah mesra ‘Kasih Sayang Madani’ dan diteruskan dengan jamuan makan antara penghuni dan ahli keluarga masing-masing sehingga ke akhir program ini bersurai. Program berjalan dengan baik dan mendapat maklumbalas positif daripada ahli keluarga penghuni.