Pada 11 Mac 2024 (Isnin), telah diadakan Majlis Sambutan Hari Penjara Kali Ke-234 peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang bertempat di Dewan Kelab Sukan Penjara Reman Pulau Pinang. Seramai (45) anggota lain-lain pangkat, (14) kakitangan awam dan (08) PERSIAP Penjara Negeri Pulau Pinang. Aturcara diteruskan dengan pemakaian pangkat seramai (03) Koperal Penjara dan (02) sijil penghargaan disampaikan oleh YDH PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai, YDH PKP Ahmad Kamarrudin bin Yaacob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang.