Ceramah Israk Dan Mikraj Peringkat Penghuni Penjara Kajang Tahun 2024M / 1445H telah diadakan pada hari Rabu, 28 Februari 2024 di Surau at-Taqwa Penjara Kajang. Program dimulakan dengan kata aluan dan ucapan daripada KIP Mohd Shahril Bin Yahaya, Ketua Unit PPI, Penjara Kajang. Progam diteruskan dengan persembahan nasyid oleh penghuni dan ceramah penghayatan mengenai Israk Mikraj yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Najmul Khairi. Hadir sama Penjara Kajang dan al-Fadhil Ustaz Mohammad Hafiz Bin Bakren, Ketua Unit Agama Penjara Kajang. Seramai 150 orang penghuni bersama dalam program ini.