| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Negeri Sembilan Bagi Bulan Februari 2024

26 Februari (Isnin) - Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Negeri Sembilan bagi bulan Februari 2024 telah diadakan di Dataran Kawad Penjara Seremban, Penjara Seremban. Majlis disempurnakan oleh YDH PKK Ahmad Mustaqim Bin Che Bisi, Pengarah Negeri Penjara Negeri Sembilan, turut hadir PKP Sharil Bin Basir Pengarah Penjara Seremban, PKP Hasrul Anwar Bin Hasim Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, PP Shahrul Nizam Bin Husain Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PP Muhamad Naim Bin Haji Amir Timbalan Pengarah Penjara Seremban serta Pegawai kanan, anggota dan kakitangan awam Penjara Negeri Sembilan.

Perbarisan diketuai oleh TPP Mohamad Rosmanizam Bin Roslan, Timbalan Penguasa Penjara Seremban dan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Khalilullah Bin Hamdan. Seramai 25 Pegawai kanan 40 anggota lain pangkat dan 20 pegawai awam hadir dalam majlis tersebut. Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada (13) penerima yang terdiri daripada (1) Penolong Penguasa Penjara (1) Ketua Inseptor Penjara (1) Sarjan Mejar (10) orang koperal Penjara dan (1) kenaikan pangkat Penolong Pegawai Perubatan Gred U32. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh YDH PKK Ahmad Mustaqim Bin Che Bisi Pengarah Penjara Negeri Sembilan, sesi bergambar dan diakhiri dengan jamuan makan.