Pada 22 Februari 2024 (Khamis), bertempat di Surau An-Nur, Penjara Reman Pulau Pinang telah diadakan Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Penghuni Penjara Reman Pulau Pinang yang merupakan anjuran Unit Agama, Penjara Reman Pulau Pinang dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Negeri Pulau Pinang. Majlis dimulai dengan Solat Sunat Dhuha berjemaah dan zikir munajat. Seterusnya pendedahan teori dan praktikal pengurusan jenazah telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Raqib bin Ismail, yang merupakan Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Hadir bersama ialah Ustaz Mohamad Akmal bin Suhaimi, wakil dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Negeri Pulau Pinang (YADIM).