Pada 21 Februari 2024 (Rabu), bertempat di Surau An-Nur, Penjara Reman Pulau Pinang telah diadakan Ceramah Perdana Sempena Majlis Semarak Israk Mikraj Peringkat Penghuni Penjara Reman Pulau Pinang Tahun 2024, yang merupakan anjuran Unit Agama, Penjara Reman Pulau Pinang. Ceramah Perdana Iktibar Teragung telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Abu Talha Jamalludin yang merupakan Guru Takmir Negeri Pulau Pinang.