Pada 20 Februari 2024, bertempat di Dewan Kelab Sukan Penjara Reman Pulau Pinang telah diadakan Dialog Bulanan bagi bulan Februari 2024. Majlis dipengerusikan oleh PKP Ahmad Kamarrudin Bin Yaacob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut PP Mohammad Safwan Bin Sizali, Timbalan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Timbalan Penguasa Penjara serta 90 orang anggota dan kakitangan. Majlis diteruskan dengan penyampaian saguhati diatas rampasan Artikel Larangan kepada Unit Kewalan dan Pencegahan disampaikan oleh PKP Ahmad Kamarrudin Bin Yaacob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang.