| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Mobile Recovery Treatment (MRT) Siri 1/2024 Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA

Pada 18 sehingga 20 Februari 2024, telah diadakan Program Mobile Recovery Treatment (MRT) Siri 1/ 2024 bertempat di Blok Klinik, Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA anjuran Unit Program Pembangunan Insan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak. Program ini melibatkan seramai 30 orang banduan disabitkan kesalahan di bawah seksyen Akta Dadah Berbahaya dan 6 orang fasilitator daripada AADK Negeri Sarawak. Program ini merupakan sebahagian daripada program pemulihan dan rawatan terhadap banduan yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di samping mengukuhkan lagi program yang sedia ada di peringkat institusi. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.