| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Penghuni Penjara Kajang

Pada 07 Februari 2024 (Rabu) bertempat di Dewan AB,Penjara Kajang telah diadakan Program Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Penghuni Penjara Kajang. Seramai 200 penghuni yang terlibat dalam program tersebut. Majlis telah disempurnakan oleh TKP Preshahdin Bin Monshee, Pengarah Penjara Kajang diiringi PP Sirajuddin Bin Abdul Majid, Ketua Bahagian Keselamatan & Inteligen, TPP Zainul Fitri Bin Muhamed Zain (Ketua Seksyen Layanan), KIP Mohd Shahril bin Yahaya (Ketua Unit PPI) dan IP Tharumanraj A/L Nadaraja (Pegawai Penyelaras Lain-lain Agama) dan Pengerusi NGO Persatuan Masyarakat Prihatin Zi Zai Yuan Di Kuala Lumpur, En.Chang Kian Hock dan Pegawai-pegawai Kanan dan Kakitangan Penjara Kajang. Upacara “Gaul Yee Sang” sebagai simbolik perasmian dan diserikan lagi dengan persembahan tarian singa, nyanyian koir serta persembahan ‘tukar topeng’. Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan warga penghuni penjara yang berketurunan Cina serta mewujudkan satu perhubungan yang baik antara wakil-wakil NGO dengan pihak Penjara Program ini juga selaras dengan usaha jabatan sebagai Pusat Pembangunan Peradaban dan Budaya Kemanusiaan (CHCDC) yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Banduan & Pemasyarakatan Penjara Kajang. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari.