Simulasi Kepenjaraan Bagi Pegawai Kader Jakim Gred S29 Lantikan Baharu Di Penjara Kajang telah diadakan pada hari Khamis, 08 Februari 2024 bermula jam 2.00 petang. Seramai 3 orang penolong pegawai hal ehwal Islam lantikan baru yang akan bertugas di institusi-intitusi penjara yang ditetapkan telah bersama dalam program ini. Mereka telah diberi pendedahan awal suasana dan budaya kerja di institusi penjara dan perlaksanaan program pemulihan khususnya program halaqah bagi banduan di Penjara Kajang yang disampaikan oleh al-Fadhil Us Zulfadhli Bin Zafik, Pegawai Unit Agama Penjara Kajang. Hadir sama dalam program ini ialah IP Nur Amanina Izaty Binti Che Long dan Us Mohammad Nor Bin Amran daripada Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.