| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Penyelarasan Penempatan Orang Tahanan Di Bawah Akta (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316] Di Pusat Pemulihan Akhlak Bintulu

Pada 11 Januari 2024 (Khamis), telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Penempatan Orang Tahanan di Bawah Akta (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316] yang telah dikelolakan oleh Pusat Pemulihan Akhlak Bintulu. Mesyuarat yang bermula pada jam 2.30 petang ini telah dipengerusikan oleh Tuan Johar Julasbi, Timbalan Setiausaha, Keselamatan Kementerian Dalam Negeri, juga turut dihadiri oleh KP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan, Jabatan Penjara Malaysia, ACP Shahidi bin Abdullah, Penolong Pengarah Narkotik, Bukit Aman, PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Bintulu, wakil-wakil daripada Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia, Lembaga Penasihat, IPK Sarawak, IPK Sabah, dan IPD Labuan. Sejurus selesai mesyuarat, ahli mesyuarat telah mengadakan lawatan ke Pejabat Pendaftar Tahanan, Blok Penempatan Tahanan dan Blok Bengkel dan telah berakhir pada jam 4.30 petang.