| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) Sempena Perayaan Tahun Baru Cina, Peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang Tahun 2024

7 FEBRUARI 2024 | RABU, Majlis Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Perayaan Tahun Baru Cina, Peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 bertempat di Dewan Kelab Sukan, Penjara Reman Pulau Pinang yang melibatkan seramai 18 OBB Lelaki dan 2 OBB Wanita dari Penjara Seberang Perai. Manakala 31 OBB Lelaki dari Penjara Reman Pulau Pinang. Pelaksanaan program melibatkan penyertaan program Corporate Smart Internship (CSI), kembali kepada keluarga dan ke Rumah Perantaraan. Tujuan pelepasan ini diadakan adalah bagi memberi Orang Bebas Berlesen (OBB) peluang pekerjaan bersama syarikat yang bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia melalui Program Corporate Smart Internship (CSI) disamping memberi peluang menjalani pemulihan di luar tembok. Gimik Serahan Pelepasan Secara Lesen ini telah disempurnakan oleh YDH PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama YDH PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai, YDH PKP Ahmad Kamarrudin bin Yaacob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang serta barisan Pegawai dan anggota.