8 FEBRUARI 2024 | KHAMIS, Bertempat di Surau Pegawai Penjara Pulau Pinang telah diadakan Ceramah Perdana Sempena Israk Mikraj "Iktibar Teragung" peringkat Penjara Reman Penang oleh YBhg. Us. Abu Talha bin Jamalludin. Majlis dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah, Ceramah Perdana, Solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan. Majlis diserikan dengan kehadiran YDH PKP Ahmad Kamarrudin bin Yaacob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, TPP Awang Azizzan bin Hasbi, YDH TPP Teuku Mohd Hasbi bin Tarmizi, Barisan Pegawai Kanan dan warga kerja seisi keluarga, muslimin dan muslimat. Terima kasih buat jawatankuasa dan semua yang membantu menjayakan majlis. Juga buat semua jemaah yang kongsi rezeki.