Pada 7 Februari 2024, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka telah menganjurkan Kursus Penerapan Integriti dan Team Building bertempat di Dataran Pulau Nangka, Taman Laut Negara, Melaka dengan penglibatan seramai (40) kakitangan PPN Melaka dan PPD Melaka Tengah.
Kursus tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Roslan Bin Haji Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut hadir PKK Norneelah Binti Shukor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka. Hadir Bersama, penceramah jemputan Ustaz Suffian bin Talib, Penolong Pegawai Agama Penjara Sungai Udang Melaka. Ceramah yang disampaikan bertajuk Penerapan Intergriti dalam sejarah pemerintahan khalifah.
Program ini adalah sebagai salah satu agenda pengukuhan integriti di kalangan kakitangan institusi Penjara Negeri Melaka yang sentiasa menjadi fokus utama bagi menjadikan Jabatan Penjara Malaysia sebagai salah sebuah organisasi koreksional yang dikenali melalui tahap ketelusan yang tinggi.