Pada 6 Februari 2024 ( Selasa ), Delegasi Negara Brunei dari Persatuan Aftercare Support Association (AFSA) dianggotai seramai 8 orang telah melawat Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Melaka Tengah dan Rumah Perantaraan Negeri Melaka. Tujuan lawatan ialah untuk melihat pelaksanaan Program Parol di negeri Melaka dan cara pengoperasian Rumah Perantaraan bagi pertukaran maklumat mengenai program pemulihan dalam komuniti kepada Orang Diparol (ODP) dan Orang Bebas Berlesen (OBB). Delegasi tersebut diketuai oleh Presiden AFSA, iaitu Puan Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya dan Tuan Haji Mustapa bin Haji Masri, Dipertua AFSA. Taklimat berkaitan parol disampaikan oleh KIP Mohd Reduan bin Yusop, Ketua Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Melaka Tengah. Delegasi turut disambut oleh PP Shaharudin bin Ahmad Ketua Bahagian Parol Negeri Melaka.