Pada 30 Januari 2024 Institusi ini telah menerima Kunjungan Hormat dari Kedutaan Jepun di Malaysia yang diwakili oleh Pn. Sakurako Nishida. Kunjungan Hormat ini disambut oleh PP Mohammad Safwan Bin Sizali, Timbalan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang dan diiringi TPP Lee Lek Khang serta TPP Teuku Mohd Hasbi Bin Tarmizi , Timbalan Penguasa Penjara Reman Pulau Pinang. Deligasi tersebut telah dibawa melawat ke bilik pengimbas badan (Body Scanner) dan sekitar kawasan penjara.