1 FEBRUARI 2024 | KHAMIS, Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan merupakan kerjasama antara Unit Tabung Darah, Hospital Pulau Pinang dengan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut dan Penjara Negeri Pulau Pinang. Program ini telah diadakan di Bilik Serbaguna, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang. Seramai 24 orang telah menyertai saringan kesihatan, manakala 39 orang telah menyahut dan menyertai kempen derma darah. Program ini juga telah diserikan dengan kehadiran YDH PKP Ahmad Kamarrudin Yaacob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, PP Darmizam Hj Desa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan warga kerja Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan Penjara Reman Pulau Pinang. Program ini dijayakan sebagai usaha dan sokongan bagi membantu meningkatkan jumlah bekalan Unit Tabung Darah Hospital Pulau Pinang. Terima kasih dan tahniah buat Penjara Reman Pulau Pinang atas penganjuran program.